Akhirnya-Keputusan muktamad Ronaldo

LONDON - Cristiano Ronaldo akhirnya menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila mengakui akan terus kekal bersama Manchester United musim ini.

Bintang Portugal itu akan kembali ke Old Trafford hari ini dan berjanji untuk memberi aksi terbaik buat juara berganda itu.

Malah, Ronaldo juga menegaskan yang dia patut dipersalahkan di atas segala kontroversi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Marid pada musim perpindahan ini.

Pemain sayap itu berhasrat untuk berhijrah ke Sepanyol, namun terpaksa menerima hakikat bahawa impiannya itu tidak akan terlaksana tahun ini.

Dia mendedahkan telah berbincang dengan pengurus United, Alex Ferguson dan setelah bertukar pandangan, kedua-duanya bersetuju untuk menyaksikan Ronaldo meneruskan kariernya di Old Trafford.

“Ya, saya akan kekal di Manchester United. Saya akan tinggal di sini hanya untuk musim ini,” kata Ronaldo.

“Saya dan Ferguson telah berbincang dan kami bersetuju bahawa jalan penyelesai- an terbaik bagi kedua pihak ialah saya kekal di sini.

“Oleh itu, saya boleh jamin bahawa musim baru ini saya akan beraksi buat Manchester United.”

Ronaldo juga berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya buat skuad The Red Devils dalam usaha mempertahankan gelaran Liga Perdana England dan juga Liga Juara- Juara musim lepas.

“Sebelum banyak lagi khabar angin, saya ingin menjelaskannya sekarang. Apa saja yang mereka kata atau tulis semuanya adalah tidak benar,” kata Ronaldo.

- Agensi