Aksi panas di Stamford Bridge


PEMAIN United, Patrice Evra (tiga dari kiri) turut terlibat dalam insiden pergaduhan dengan petugas-petugas Chelsea selepas berakhirnya perlawanan Liga Perdana England di Stamford Bridge semalam.

LONDON - Aksi panas di Stamford Bridge semalam tidak hanya berlaku di atas padang.

Sebaliknya perlawanan genting yang melibatkan Chelsea dan Manchester United itu menyaksikan insiden luar biasa yang melibatkan pergaduhan antara petugas kelab Chelsea dengan pemain United.

Insiden yang melibatkan kedua-dua pihak itu berlaku sejurus sahaja perlawanan berakhir ekoran tindakan kurang sopan petugas Chelsea yang menghalau pemain United.

Namun tiada seorangpun pemain United yang beraksi pada perlawanan semalam terlibat dalam insiden itu.

Menurut laporan, ia hanya membabitkan beberapa pemain seperti Patrice Evra, Gary Neville, Paul Scholes, Gerard Pique dan John O’Shea dengan beberapa petugas stadium. Insiden itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengelola perlawanan. - Reuters

gambar di-edit oleh alitra

9 People have left comments on this post



» Naruto Can Beat Man Utd,Liverpool n Chelsea said: { Apr 27, 2008 - 03:04:49 }

gua tau luu pnye prasaan skunk nie MU fans n player !!!!!!!!!!!!
jgn gadoh2 lol ……….

Naruto Can Beat Man Utd,Liverpool n Chelsea’s last blog post..Derby VS Arsenal - Result

» apala said: { Apr 28, 2008 - 12:04:38 }

biasa ler kalo kalah nak gaduh plak..mmg xpuas ati la tu..hahahaha..
apa2 pun chelsea menang!!!!!!
cayalah!!!

» Kasih said: { Apr 28, 2008 - 12:04:35 }

adat permainan ada kalah dan menang… tp fans MU ttp maintain cool k :)

» apala said: { Apr 28, 2008 - 01:04:03 }

fans mu coollllllll…players mu yg tak cool…hahahaha

» Setan Merah said: { Apr 28, 2008 - 02:04:30 }

ei..
players pun cool gak la…

» ali bekam said: { Apr 28, 2008 - 05:04:31 }

wa dah cakap sama SAF, itu Giggs aaa….apa sumbangannya dalam padang skarang???
Ngabihkan borasss jee…..dah le harga borass naik…..
Giggs dah tak berbisa lagi….kapten lak tu…….memang kalah….

» chanpang said: { Apr 29, 2008 - 04:04:49 }

aku setuju sesangat, tgk ari tu, slow giler pergerakan dia nk dummy ke nk passing ke, aku lak sakit ati giler :p

chanpang’s last blog post..Old Trafford- The Theater of Dreams

» mmuurrllyy said: { Apr 29, 2008 - 10:04:03 }

Giggs.. memang layak jadi super-sub…
bagi Nani main banyak game..
baru mamat tu confiden..skit..
nani patut main 1st eleven..
gandingan die ngan CR7 memang mantap..
SAF tak pakai je advantage nie

» macholibre said: { Apr 30, 2008 - 02:04:20 }

rilex ar broo..time2 kritikal pengalaman diperlukan..
giggs slow pun tp bisa msh ader la, hantaran die msh berbisa n mampu cipta peluang gol
cme dia xleh buat gerakan solo dah