Berita menjelang MU vs Barca

MANCHESTER - Manchester United bertekad untuk mengembalikan semula maruah mereka apabila turun menentang Barcelona pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi esok.
Sabtu lalu, reputasi skuad kendalian Alex Ferguson itu tercalar ekoran kekalahan dramatik 1-2 kepada musuh tradisi, Chelsea dalam saingan Liga Perdana England.
Kekalahan yang dilakar di Stamford Bridge itu menyaksikan United gagal untuk mengesahkan gelaran liga lebih awal dan kini berkongsi 81 mata bersama The Blues.
Begitupun, tonggak utama Manchester United, Ryan Giggs yakin skuad Red Devils itu akan menebus kembali kekalahan dengan menewaskan Barcelona pada aksi penting di Old Trafford esok.
Di atas kertas, United yang turun selaku tuan rumah mempunyai kelebihan untuk mara ke perlawanan akhir Mei ini selepas terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Nou Camp minggu lalu.
Namun, Giggs yang juga pemain paling senior dalam skuad United mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak terlalu meratapi kekalahan mereka kepada Chelsea apabila berdepan pemain-pemain Barca.
“Kami harus pulihkan dan kembalikan semangat kami kerana ini adalah pertemuan yang cukup penting,” kata Giggs yang pernah membantu United menjulang gelaran Liga Juara-Juara pada tahun 1999.
“Kami mahu memenangi gelaran liga dan kami juga mahu mara ke final Liga Juara-Juara. Kami memiliki peluang untuk melakukan kedua-duanya.
“Kami memiliki pemain yang hebat. Kami telah buktikan terutamanya pada babak kedua ketika menentang Chelsea. Kami memang menantikan pertemuan dengan Barca.”
Sementara itu, Cristiano Ronaldo yang terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti di Nou Camp minggu lalu bertekad untuk menebus kembali kegagalannya itu di Old Trafford esok.
“Saya memandang serius pertemuan ini kerana ia adalah perlawanan terbesar pada pandangan saya. Jika kami menang, kami akan mara ke perlawanan akhir,” jelasnya.
- AFP
———————————————————————————————————-
Henry jangka pertembungan sengit
![]() |
| HENRY (kiri) dan Messi menjadi taruhan terbaik Barcelona untuk merobek gawang United pada aksi di Old Trafford esok. |
LONDON - Penyerang Barcelona, Thierry Henry meramalkan pertembungan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara dengan Manchester United di Old Trafford esok akan lebih menarik dan terbuka berbanding ketika aksi pertama minggu lalu.Pada aksi pertama di Nou Camp lalu, kedua-dua pasukan berkongsi keputusan seri tanpa jaringan, dengan bintang United, Cristiano Ronaldo terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.
Begitupun, bagi Henry yang juga bekas penyerang Arsenal, dia percaya pertemuan kedua awal pagi esok itu akan berbeza dari aksi pertama kerana kedua-dua pasukan pastinya mempamerkan permainan menyerang dalam usaha menghasilkan gol.
“Itu memang benar. Kami mungkin mempunyai lebih ruang, tapi mereka juga pastinya mampu mendatangkan bahaya,” kata Henry yang bakal diturunkan dalam skuad utama pada perlawanan di Old Trafford itu.
“Di sini (Sepanyol), mereka tidak beraksi dengan rentak sebenar kerana kami beraksi lebih baik. Kami mengharapkan sesuatu yang berbeza di sana (England).
“Kadang kala United mahu bermain rentak mereka, tapi gagal. Bukan mudah untuk datang ke sini (Nou Camp) dan beraksi lebih baik daripada kami. Mereka mahu lakukannya, tapi tidak terdaya.”
Henry juga tidak bimbang dengan suasana di Old Trafford, suasana yang mengimbau beberapa pertembungan menarik ketika kariernya bersama The Gunners.
“Suasananya tidak sehebat seperti di Emirates, tapi mereka juga memiliki suasana yang tersendiri. Ia juga adalah saat yang penting bagi mereka selepas tewas kepada Chelsea Sabtu lalu,” tambahnya.
Sementara itu, bintang tengah Barca, Deco menjangkakan benteng pertahanan United bakal diuji menerusi gandingan Lionel Messi dan Samuel Eto’o.
“Kami memiliki sasaran dalam pasukan ini. Eto’o akan mempunyai peluang. Dia sentiasa memberi saingan getir dan memberi bahawa kepada United.
“Messi pula kini berada pada kedudukan terbaik dan Patrice Evra pastinya tidak boleh berehat untuk sesaat sekalipun,” katanya. - Agensi
———————————————————————————————————–
Penentuan getir ke perlawanan akhir
![]() |
| ” “ |
LONDON - Pertama kali dalam Liga Juara-juara Eropah perebutan ke perlawanan akhir begitu sengit buat tiga pasukan dari England, Manchester United, Chelsea dan Liverpool yang akan bermain pada perlawanan separuh akhir kedua hari ini dan esok.Kecuali satu pasukan sahaja yang bukan dari England iaitu Barcelona yang akan menentang United hari ini selepas kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol dalam separuh akhir pertama di Sepanyol dan berpeluang untuk layak ke perlawanan akhir yang berlangsung bulan depan.
Mengikut ramalan dan kedudukan terkini ia mungkin akan menemukan Chelsea lawan United di Moscow 21 Mei ini, selepas 10 hari kedua-dua pasukan menyelesaikan permusuhan merebut juara Liga Perdana England yang begitu sengit.
Chelsea menanti kunjungan Liverpool esok, sebelum ini John Arne Riise telah menjaringkan gol sendiri dalam masa kecederaan untuk kedudukan di Anfield terikat 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama.
Liverpool cuba layak ke perlawanan akhir ketiga Liga Juara-Juara Eropah dalam empat musim, mereka sekurang-kurangnya perlu menjaringkan gol di Stamford Bridge selepas gagal dalam sembilan perlawanan sebelum ini.
United masih lagi dihantui kegagalan Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti di Nou Camp tetapi seri tanpa jaringan pada perlawanan sebelum ini memberikan mereka kelebihan mengatasi Barcelona.
Sejak Liga Juara-Juara Eropah diperkenalkan pada 1992/93 terdapat 20 perlawanan peringkat kalah mati pusingan pertama berakhir tanpa sebarang jaringan dan 14 dari perlawanan tersebut dimenangi pasukan yang menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan kedua.
Semuanya serba tidak menjadi buat Liverpool selepas Riise menjaringkan gol sendiri dan sekarang mereka tidak boleh lagi menunggu sahaja dan cuba untuk menjadikan perlawanan separuh akhir ketiga dalam Liga Juara-juara Eropah berakhir dengan kejayaan menentang lawan tetangga London itu.
Sejak Bruno Cheyrou membantu mereka menang 1-0 pada Januari 2004, Liverpool tidak pernah menggegarkan jaring di Stamford Bridge.
Bagaimanapun, mereka pasti gembira memiliki penyerang Sepanyol, Fernando Torres yang sering menghadiahkan jaringan buat Liverpool berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Penyerang dari Sepanyol itu telah menjaringkan 30 gol, termasuk ketika seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan di Anfield sebelum menambah lagi dua gol pada Ogos dalam prestasi terbaiknya dan ini menjadikan juara sebanyak lima kali kejohanan tersebut akan ke Stamford Bridge dengan penuh keyakinan.
”Sebelum ini kami ke Stamford Bridge tanpa Torres. Anda akan sentiasa mempunyai peluang dengan pemain seperti Fernando, dia merupakan pemain yang hebat musim ini,” kata ketua pasukan, Steven Gerrard.
Torres dan Gerrard adalah di antara pemain yang direhatkan Sabtu lalu ketika seri 2-2 di Birmingham City tetapi Chelsea tidak mampu berbuat demikian kerana mereka bertembung dengan United dalam perebutan juara liga.
Mereka menang 2-1 dalam perlawanan yang membolehkan mereka mengutip mata sama dengan United tetapi ia merupakan perlawanan yang sengit, memenatkan dan boleh mempengaruhi perlawanan esok, kedua-dua pasukan akan bertemu buat kali ke-20 dalam tempoh empat tahun, perlawanan itu mengulangi perlawanan musim lalu di mana ia berakhir dengan sepakan penalti.
Ia seakan situasi yang sama di Old Trafford di mana Barcelona berkunjung dengan beberapa pemain masih lagi bertenaga selepas direhatkan dalam perlawanan menentang Deportivo Coruna di mana mereka tewas 0-2.
United tidak mampu untuk merehatkan pemain utama mereka, termasuk Ronaldo yang dimasukkan pada separuh masa kedua tetapi kebanyakan pemain utama mereka bermain dalam perlawanan itu dan Rooney yang menjaringkan terpaksa dikeluarkan akibat mendapat kecederaan pinggul.
- REUTERS
—————————————————————————————————————-
Ronaldo terbaik di England
![]() |
| RONALDO (kanan) menerima trofi selaku Pemain Terbaik PFA daripada pengurus United, Alex Ferguson di Manchester semalam. |
LONDON - Kehebatan Cristiano Ronaldo sekali lagi mendapat pengiktirafan Persatuan Bola Sepak Profesional England (PFA).
Semalam, bintang tengah Manchester United itu dipilih selaku Pemain Terbaik PFA untuk tahun kedua-dua berturut-turut.
Dia yang kini telah merekodkan 38 gol dalam pelbagai kejohanan, berjaya menewaskan lima lagi calon lain termasuk dua bintang Liverpool, Fernando Torres dan Steven Gerrard, Cesc Fabregas, Emmanuel Adebayor dan penjaga gol Portsmouth, David James.
“Saya rasa sangat gembira,” kata Ronaldo yang kini dalam persediaan untuk membantu United menjuarai gelaran Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.
“Apabila kamu bekerja dengan baik sepanjang musim, melakukan sesuatu untuk pasukan, kamu menyumbangkan sesuatu untuk pasukan dan kemudian pada penghujung musim PFA memberikan anugerah ini, saya rasa ia sangat hebat.
“Ia adalah suatu penghormatan dan satu keseronokan.”
Sementara itu, pemain tengah Arsenal, Fabregas dipilih menerima anugerah Pemain Remaja Terbaik.
Menariknya, bintang Sepanyol itu berjaya menewaskan Ronaldo yang diletakkan sebagai calon pilihan selain Torres, Micah Richards, Gabriel Agbonlahor dan Ashley Young.
“Ini adalah trofi yang sangat berprestij dan saya bangga menerimanya,” jelas Fabregas.
“Bola sepak adalah permainan yang kolektif dan kamu pasti bersedia untuk memenangi piala bersama rakan sepasukan. Namun, ia selalunya indah untuk menerima anugerah seperti ini.” - AFP





15 People have left comments on this post
destroy barca!!!!!
Sembelih Barca, Ganyang Barca, Champione.. Champione.. Ole Ole Ole
Tiada apa yg kami mahukan pagi esok, hanya berita kemenangan dapat mengubat segala kedukaan
Buktikan anugerah yang kau terima Ronaldo
Rjuna’s last blog post..U Mobile 018 telco baru
Semoga MU menang!
suka lak tgk Ronaldo pakai jaket tu… rock abis!
rock u bebeh!
meera’s last blog post..Citer Gath
ya ronaldo mmg rock!
hehehe first time nampak ronaldo hensem
sbb sebelum nie aku rasa vidic lebih hensem
hahahaha, we will win…
hope MU klh kat Barca………………………….
Naruto Can Beat Man Utd,Liverpool n Chelsea’s last blog post..PFA Young Player of the Year is Cesc Fabregas
ala Fabregas pn mnang laa……………….
Naruto Can Beat Man Utd,Liverpool n Chelsea’s last blog post..PFA Young Player of the Year is Cesc Fabregas
wei jgn harap Man utd nak kalahkan barca..lupa ke jaringan henry dulu,,
puyol, milito, abidal, marquez jom patahkan kaki ronaldo…..
@Macholibre
Jarihgan henry yang mana pulak nie
@Macholibre
Jaringan henry yang mana pulak nie??
@Macholibre
Jaringan henry yang mana pulak nie??
ala jaringan yg tu……………..
ko x tgk bola ker ????
Henry score mase tu hebat giler !!!!!!!!!!!
kencang,,smpai nk trcabut jaring……….!!!!
Naruto Can Beat Man Utd,Liverpool n Chelsea’s last blog post..PFA Young Player of the Year is Cesc Fabregas
tu ko cakap hebat giler ??
aku rase yang Giggs buat lagi hebat…
nanti aku post video tu..
henry score kencang lu panggil hebat, amai lg yg gol kencang la, smua hebat2 belaka
chanpang’s last blog post..Old Trafford- The Theater of Dreams
byk dah henry score lwn man utd la…
last msa arsenal menang 2-1
gol heading tuh,,,,
boleh bilang je gol henry dgn heading