‘Bintang MU’ kuasai senarai pencalonan
Barisan pemain yang beraksi di England berjaya menguasai senarai pencalonan bagi anugerah Pemain Terbaik Eropah.
Daripada 20 calon, 17 pemain yang tampil dalam kempen Liga Juara-Juara musim lalu merupakan pemain yang beraksi dengan empat kelab gergasi Liga Perdana England.
Juara kempen Liga Juara-Juara 2007/2008, Manchester United akan diwakili bintangnya, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Edwin van der Sar, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic serta Paul Scholes.
Manakala naib juara Liga Juara-Juara, Chelsea menampilkan Petr Cech, John Terry, Michael Essien, Frank Lampard dan Didier Drogba.
Semi finalis Liga Juara-Juara, Liverpool pula akan dibarisi Pepe Reina, Jamie Carragher, Steven Gerrard serta Fernando Torres sementara Arsenal diwakili Manuel Almunia dan Cesc Fabregas.
Kelab Sepanyol, Barcelona pula mempertaruhkan Carlos Puyol dan Lionel Messi manakala Manuel Neuer mewakili kelab Jerman, Schalke.
Semua 20 calon ini telah dipilih oleh panel penilai Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang menyaksikan setiap perlawanan Liga Juara-Juara musim lalu.
Pemenang anugerah ini akan diumumkan pada 28 Ogos ini ketika berlangsungnya majlis undian peringkat kumpulan bagi kempen Liga Juara-Juara 2008/2009 di Monaco. - Reuters


2 People have left comments on this post
takde sorang pun calon dari Real M..sedih sungguh.
@Kooreen..
rilek la…tahun try ar mng CL..tahun dpn comform ade player Real