Cristiano Ronaldo Kembali Semula

Terkesima saya dibuatnya. Itulah yang mampu dikatakan apabila kelibat Cristiano Ronaldo disambut baik oleh penyokong Manchester United malam semalam semasa perlawananan menentang Villareal. Tidak beraksi hampir 2 bulan akibat menjalani pembedahan kaki, Ronaldo muncul semalam dengan menggantikan Park Ji Sung.
Tiada langsung sumpah seranah atau jeritan “boo” dari Old Trafford buat pemain yang secara terang-terangan menyatakan yang dia mahu menyertai Real Madrid. Yang ada hanyalah jeritan kegembiraan dan suara padu sokongan semasa Ronaldo melangkahkan kakinya masuk ke padang. Malah tepukan gemuruh juga kedengaran semasa dia melakukan “warm up”.
Bagi peminat bola sepak yang mengikuti perkembangan pemain ini, Cristiano Ronaldo selepas Euro 2008 baru-baru ini dengan yakinnya menyatakan yang dia mahu menyertai Real Madrid. Baagi Ronaldo, dia sudah membuat yang terbaik buat Manchester United dengan membantu kelab tersebut memenangi Champions League dan English Premier League musim sebelumnya.
Setiap hari hampir kesemua suratkhabar dan laman web memuatkan perkembangan terkini berita hasrat Cristiano Ronaldo ingin ke Real Madrid. Dengan kelibat Presiden Real Madrid turut mengakui yang Ronaldo sendiri telah bersedia untuk bermain buat kelab berjersey putih ini.
Namun begitu apabila Sir Alex Ferguson bersua muka dengan Cristiano Ronaldo selepas pembedahan kakinya, Cristiano terus berubah fikiran dan menyatakan kesanggupannya untuk terus bersama Manchester United buat satu musim lagi.
Malah Cristiano dengan yakinnya menyatakan yang dia tidak akan di”boo”, diherdik atau dihina oleh penyokong-penyokong The Red Devils apabila dia kembali semula beraksi di atas padang nanti.
Ternyata anggapan Ronaldo menjadi kenyataan apabila peminat-peminat Manchester United ternyata teruja dengan kehebatan pemain yang menjaringkan 42 biji gol pada musim lepas. Apabila kakinya melangkah ke padang Old Trafford, hanya pujian dan sokongan padu yang kedengaran.
Ternyata Cristiano Ronaldo bukanlah hanya seorang pemain biasa buat The Red Devils. Tak salah kiranya dia digelar selaku penyelamat buat pasukan merah ini.
P:S - Artikel ini juga turut dimuatkan di http://www.borakbola.net.


8 People have left comments on this post
walaupun game semlm seri, persembahan yg mantap oleh Red Devil gembirakan aku…
asalam
c.ronaldo kembali nampak perubahan d bahagian serangan…c.ronaldo,berbatov akan gegar chelsea…nanatikan
Finally he’s back!! I’m sure..everyone rindukan dia.. (-_-)
yeah aku x sabar nak tengok ronaldo dan berbatov main
manchester united vs chelsea
pukul 9:00pm waktu malaysia
Stadium Stamford Bridge
Glory Glory Manchester United
kemungkinan besar berbatov tak main.
dia injured kena time lawan liverpool hari tue.
sir alex lak kata mungkin dia tak turunkan cristiano nie full time.
kita tunggu dan lihatlah nanti camner taktik man utd.
@BorakBola
tapi harap2 tak cam tu la…
berba n ronnie kena main..baru semangat
blah la m setan harapkan cr ja… x da cr abslh…
@Fabregas
yang Arse-nal harap kan fabregas tu amende?