Ferdinand buat MU resah, Roma tanpa Totti
LONDON: Manchester United mungkin turun tanpa tonggak pertahanan, Rio Ferdinand ketika AS Roma sudah pasti hilang khidmat penggempur, Francesco Totti apabila kedua-dua kelab bertemu pada aksi suku akhir kedua, Liga Juara-juara Eropah, awal pagi esok.
Roma, ketinggalan 0-2 selepas pertemuan pertama di Itali minggu lalu, sebelumnya berharap kapten, Totti, mampu pulih daripada kecederaan paha yang meminggirkannya daripada aksi sebelum itu, tetapi berkunjung ke England tanpa kelibatnya.
Mirko Vucinic, yang menghasilkan jaringan cantik daripada jarak 20 meter ketika kemenangan 3-2 ke atas Genoa dalam saingan Serie A hujung minggu lalu, kini akan mengetuai jentera serangan Roma angkara ketiadaannya.
Dengan United kini menjadi pasukan pilihan untuk mara, Alex Ferguson mungkin merehatkan Ferdinand selepas dia cedera ketika seri 2-2 dengan Middlesbrough dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ferguson nyata bimbang selepas melihat bek England itu terhincut-hincut meninggalkan padang pada babak kedua tetapi ujian imbasan menunjukkan tulangnya tidak patah, biarpun petugas perubatan United tidak memberi gambaran berapa lama dia bakal tersisih.
Selepas hilang rakan segandingan Ferdinand, Nemanja Vidic untuk tempoh dua minggu, kecederaan serius Ferdinand itu adalah sesuatu yang mahu dielakkan Ferguson.
Namun, di sebalik kebimbangan di posisi benteng, pasti satu kejutan besar jika United gagal mara. Setahun lalu, pada peringkat sama saingan, United membelasah Roma 7-1 di Old Trafford dan kelab Inggeris itu tidak pernah kecundang aksi tempat sendiri dalam saingan peringkat Eropah tatkala Roma memerlukan lebih daripada dua gol untuk meneruskan langkahan.
Mereka juga menundukkan Roma 1-0 pada peringkat kumpulan, Oktober lalu, dan tidak kecundang di tempat sendiri dalam saingan Eropah sejak tiga tahun lalu.
Pemain tengah Itali, Alberto Aquilani, juga dalam skuad Roma tetapi belum tentu beraksi selepas diketepikan ketika menentang Genoa akibat cedera kaki, manakala pertahanan, Matteo Ferrari pula tersisih kerana cedera lutut.
Namun pemain sayap dari Brazil, Rodrigo Taddei yakin mengenai peluang Roma menghapuskan kelebihan lawan selepas aksi pertama itu.
“Saya pasti jika kami mempamer aksi terbaik, kami mampu ke Old Trafford dan layak ke separuh akhir,” kata Taddei yang tidak beraksi ketika kekalahan 1-7 musim lalu selepas mengalami kejang otot ketika memanaskan badan.
“Kami tahu ia pasti amat sukar, tetapi masih ada 90 minit untuk diharungi dan kami akan memberikan cabaran. Kecuali pada malam tujuh gol itu, semua perlawanan sentiasa seimbang di antara kedua-dua pasukan.” - Reuters


4 People have left comments on this post
gua tau gua sudah kalah……………..
n gua tau lu olang bleh menang lwn roma nnti…………….
sj dtg melawat..hehe
any way, try to be in semi..(one leg of course at semi..hehe)
and then beat Barca if want to be in final..
I’m quite boring cos many said MU is the best..
but how much they win the CL? so try to prove it yaa..
alex2gunners fan~tahu xpe…hehe
alex2rachwan~jgn mempertikaikan MU di peringkat CL…dah menang 3 kali sebelum ni berbanding arsenal tiada langsung…hehe
1 only maa..
yg lg 2 tu bkn CL,
tu european cup..
well…i mention that!