Idam trofi Eropah sebelum bersara
MANCHESTER (England): Alex Ferguson mahu memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Manchester United musim ini untuk memastikan kelab itu kekal sebagai kuasa besar selepas persaraannya.
Walaupun berusia 66 tahun, pengurus United itu jarang membincangkan persaraannya. Namun apabila pasukannya melakukan persiapan untuk perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara esok, Ferguson berhati-hati mengenai hasratnya meninggalkan legasi kuat apabila bersara.
Hujung minggu lalu, Ferguson menandatangani kontrak jangka panjang untuk tiga pemain utama, Rio Ferdinand, Wes Brown dan Micheal Carrick yang menunjukkan perancangan pengurus dan kelab itu untuk masa depan.
Dan selepas menjuarai Liga Juara-Juara pada 1999, pengurus berbangsa Scotland itu menegaskan keazamannya untuk mengulangi kejayaan sembilan tahun lalu bukan bersifat peribadi.
“Saya sudah memenanginya, itu adalah isu pada masa itu kerana ia sentiasa menjadi soalan kerana saya tidak pernah memenanginya. Selepas berjaya memenanginya, ia bukan lagi isu. Ia adalah isu kelab, cuba meningkatkan rekod di semua kejohanan sama ada Piala Eropah, Liga Perdana, Piala FA.
“Ia adalah kejayaan berterusan, mencipta sambungan, itu yang penting. Apabila saya meninggalkan kelab harus ada sambungan dan kami sedang merancang ke arah itu, kami mempunyai pasukan yang boleh kekal buat masa lama, purata umur pemain dalam skuad adalah baik.


3 People have left comments on this post
may be SAF will retire with a very deep disappointed
Coz i already stand by the most beautiful Cup this season for his retirement..
hope this saturday will be the day that Arsenal’s big fans to post the cup..
hanya berharap larr.. beb
kalau Man U tak kalah ngan chelsea..
kensel habis hadiah Cup buat SAF..
;phue..hue..hue..
kena kat season thn depan lar pulak
Sir Alex luu brsara laa cepat sikit !!!!!!!!!
kang kalu x dpt ape2 trofi kang sakit jntung plak,,,,,,,,,
mule laa buat org risau …………………
Naruto Can Beat Man Utd,Liverpool n Chelsea’s last blog post..Rumor Baru
kekeke…leh je man utd menang double thn ini!!aku yakin..ferguson tu aku rasa dia lama lg kot..bnyk lg piala dia nk menang
glory glory man utd
chanpang’s last blog post..Last Minutes Goal