Ferguson puji sumbangan gol Tevez
BLACKBURN: Jika pengurus Manchester United Alex Ferguson memenangi kejuaraan Liga Perdana yang ke-10, dia pasti mempunyai pujian khas buat Carlos Tevez.
Penyerang Argentina itu menjaringkan gol penyamaan minit ke-86 bagi membolehkan Red Devils seri 1-1 di Blackburn kelmarin, sekali gus menjarakkan diri tiga mata mengatasi kelab tangga kedua, Chelsea dengan baki tiga perlawanan lagi.
“Dia pemain menakjubkan,” kata Ferguson. “Sudah ada lima gol pentingnya musim ini. Jika anda mengira gol penyamaan dan gol minit akhir yang memberikan kami mata, ini tentunya satu lagi gol penting daripadanya.”
Tevez menanduk masuk golnya yang ke-18 musim ini buat United bagi memastikan ia akan dapat mempertahankan kejuaraannya dengan mengalahkan Chelsea di Stamford Bridge, minggu depan kerana mempunyai perbezaan gol besar iaitu 18.
“Kami bermain seperti juara,” kata Ferguson. “Kini hanya satu perlawanan lagi dan jika kami menang, kami akan memenangi liga. Ia sudah tentu perlawanan menarik dan kami perlu memulihkan diri daripada perlawanan menentang Barcelona, Rabu ini, tetapi saya fikir saya akan dapat menghadapinya.”
Ferguson cukup yakin dapat menamatkan rentetan 80 kemenangan tanpa kalah Chelsea di gelanggang sendiri.”


2 People have left comments on this post
rekod is set to be break…rekod chelsea akan dimusnahkan oleh man utd, dpn fans chelsea mereka sendiri…kekekekeke
tp tevez mmg patut dipuji, saviour man utd musim ni =p
glory glory man utd
chanpang’s last blog post..Last Minutes Goal
SAYA HARAP MAN UTD MENANG LWN CHELSEA DAN MEMBENAM BARCA…