Ferguson tabik aksi hebat United
MANCHESTER: Sir Alex Ferguson menyanjung kemenangan pasukannya, Manchester United 2-1 ke atas Arsenal di Old Trafford, kelmarin, dan menyifatkannya sebagai saat penentu dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Kemenangan itu melonjakkan United, enam mata mengatasi kelab tangga kedua, Chelsea, yang boleh mengurangkan jurang itu kepada tiga mata jika menang di tempat sendiri ke atas Wigan.
Tetapi dengan baki empat perlawanan liga, Ferguson yakin anak buahnya sudah mengambil langkah besar ke arah mempertahankan kejuaraan mereka.
Saingan berikutnya buat jurulatih berasal dari Scotland ini ialah Blackburn dan kemenangan di Ewood Park akan bermakna United boleh menjulang kejuaraan jika menewaskan Chelsea di Stamford Bridge, April 26 ini .
“Saya sudah katakan jika kami menang tiga perlawanan berikutnya, kami akan muncul juara,” kata Ferguson selepas melihat United bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menang hasil sepakan penalti Cristiano Ronaldo dan sepakan percuma Owen Hargreaves.
“Kami berjaya melepasi hari penuh mendebarkan hari ini (Ahad),” kata Ferguson. “Kami ada rehat seminggu, kembali segar sebelum perlawanan dengan Blackburn.
“Pemain tahu ini adalah perlawanan penting hari ini. Arsenal dan kami bersaing bagi kejuaraan sejak 15 atau 16 tahun dan permainan sentiasa penuh dengan emosi dan kali ini tidak terkecuali.”
Ferguson bersetuju pasukannya bernasib baik dapat mengalahkan Arsenal yang mendahului pada minit ke-48 melalui Emmanuel Adebayor ketika mereka cuba menyelamatkan musim mereka selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara kepada Liverpool, minggu lalu.
“Kualiti permainan ini cukup menakjubkan,” kata Ferguson, merumuskan kembali satu lagi pertarungan sengit United-Arsenal.
“Tidak akan ada lagi permainan lebih baik tahun ini. Mereka pasukan terbaik dalam babak pertama. Saya berpendapat kami sedikit gemuruh dan hantaran kami buruk dan saya tidak sabar untuk menuju masa rehat.
“Apabila Arsenal menjaringkan gol, itu memaksa saya melakukan perubahan, dan saya terpaksa membawa masuk Anderson dan Carlos Tevez. Ia ada saat paling penting dan kami begitu cemerlang selepas itu, bermain dengan bagus, dan ia satu lagi permainan menakjubkan.”
Arsene Wenger kini terpaksa akur bahawa, ketinggalan sembilan mata, mereka sudah tersingkir daripada saingan selepas begitu selesa dengan kelebihan lima mata, Februari lalu. – AFP


4 People have left comments on this post
chelsea seri da..heheheheh
@chan pang
peluang nak champ lagi tinggi nampaknya
hahahaha…btol tu btol tu!skang tunggu man utd kalah kan chelsea kt stamford bridge je =p
huhuu MU gerenti kalahkan chelsea hahahahah…..