Ferguson yakin juara


FERGUSON (kanan) percaya gelaran Liga Perdana England sudah menjadi milik United.

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson semakin yakin bahawa gelaran Liga Perdana England akan menjadi milik mereka.Chelsea yang berada di tangga kedua liga kini ketinggalan lima mata di belakang juara bertahan itu.

United akan membuat perhitungan dengan Chelsea di Stamford Bridge pada 26 April ini.

Skuad bimbingan Ferguson tewas sebanyak empat kali musim ini termasuk ketika menentang Manchester City.

Ferguson berkata: “Keputusan perlawanan antara kelab gergasi menjadi kunci kejayaan musim ini.

“Saya berpuas hati kerana kami beraksi dengan cemerlang selain mencatat kemenangan apabila menentang pesaing utama.”

“Liga Perdana menjadi lebih getir sejak kebelakangan ini. Contohnya, kami kehilangan enam mata kepada Manchester City dan ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

“Kami juga tewas kepada West Ham dan Bolton, bagaimanapun kami berjaya bangkit semula.

“Pasukan kami kini dalam keadaan terurus dan sekiranya kami menang dua perlawanan seterusnya, kami bakal menjadi juara.” - Agensi


11 People have left comments on this post



» chanpang said: { Apr 16, 2008 - 02:04:58 }

ermm..kalah ckit xpe!!!tgk arsenal, kalah ckit je, tp seri bnyk, sama jugak la dgn chelsea, tp sape yg yg leading dlm EPL skang =p

-glory glory man utd-

» Sir Alex said: { Apr 16, 2008 - 03:04:58 }

betul tu bro..hahaa

» Red Degil said: { Apr 16, 2008 - 03:04:47 }

betul tue..yg penting sekali bile kite lawan dengan pesaing utama kita menang! bile kite menang game penting baru la syok! ade umph!!..ade la modal aku nak sakat dak2 liver’fool’, ar’sengal’ dgn chel’siol’ kat opis aku nih..heheh..glory!

» Piston9 said: { Apr 16, 2008 - 05:04:48 }

xpe musim depan kite besaing lagi… aku wish gud lak la kt ManSHITer United jumpa Barca nnti ek…

» chanpang said: { Apr 16, 2008 - 06:04:29 }

aisey..Barca ape brg?ronaldinho dewa bola diorg pun mcm nk kena juat kt milan da…hehehe!!!!!arap henry, tgk ex-senapang patah tu pe leh dia wat?messi pulak,ermm..injured lg kan?? =p

» akulakhs united said: { Apr 16, 2008 - 07:04:03 }

apa2 pun yg penting chelsea draw.hehe..senang sikit keje.lagi 1 lupa nak bgtau.kpd fan arsenal ada 1 gelaran untuk adebayor masa lwn mu aritu.gol kepangan(kepala+tangan).hehe..lgpun player mu kebanyakan nye tgh konsisten skang ni.pastu lwn blackburn ni vidic ngan nani dah leh main.kembali mantap nampaknya mu.fokus barca lak lepas tu sbb barca nye defen tgh problem.kena lak 1st leg ni puyol x dpt main.baik punyerr….

» Qsheira said: { Apr 17, 2008 - 06:04:10 }

nak tanya u all
budak kembar brazil yg ferguson beli tahun lepas
SAF letak kat mana??
tak nak pakai ke??

» arsenal malaysia said: { Apr 17, 2008 - 07:04:37 }

>> CP: jangan over konfiden. Aku penyokong setia Henry ma!!

arsenal malaysia’s last blog post..David Villa berhasrat ke Arsenal

» Setan Merah said: { Apr 17, 2008 - 12:04:55 }

@Qsheira
kembar brazil, Fabio n Rafeal tu dah beli, pre-contract pun dah sign. dia orang baru umur 17 thn, tahun depan baru 18. kt Brazil, player bawah 18 xboleh sign kelab luar negara. kecuali dia ada dual-citizenship .

» chanpang said: { Apr 17, 2008 - 07:04:58 }

@arsenal malaysia

eh…aku dgr henry nk balik EPL..tol ke??huhu

chanpang’s last blog post..Red Devil and The Broken Gunners

» Setan Merah said: { Apr 17, 2008 - 11:04:14 }

aku personally rase Henry still bagus…cuma tempat dia main je x sesuai ngan die..
ape2 pun…
cam biase..glory glory man utd.. :-P