Minggu Penentu 1

LONDON: Manchester United dan Chelsea ? dua gergasi yang bakal bertembung dalam final Liga Juara-Juara Eropah ? terlebih dulu harus menyelesaikan dominasi dalam pentas domestik, minggu ini ketika Liga Perdana Inggeris (EPL) menghampiri penamatnya.

Penyandang gelaran, United akan meraih kejayaan, hari ini jika mereka menewaskan West Ham di Old Trafford manakala Chelsea perlu mengejar dengan kemenangan apabila menentang Newcastle, Isnin ini.

Pada empat perlawanan lalu, Chelsea berada lima mata di belakang dan pertarungan itu tampak sudah selesai dan memihak kepada United.

Sehinggalah kejayaan hujung minggu lalu buat The Blues semakin menghampiri pencabarnya di Stamford Bridge, kemenangan yang membuatkan pemain tengah Chelsea dari Jerman, Michael Ballack untuk mengakui bahawa “tekanan mengalih kepada mereka kerana minggu lalu mereka sudah kelihatan seperti juara.”

Bagaimanapun, kelebihan besar jurang gol dimiliki United lebih berharga daripada satu mata dan mereka seharusnya mengatasi Hammers dan kemudian menang di Wigan untuk pulang dan bergembira.

Bagi penjaga gol United Edwin van der Sar, anak buah Sir Alex Ferguson mesti menukar fokus mereka terhadap liga selepas emosi kemenangan mengatasi Barcelona untuk memastikan final Liga Juara-Juara Eropah pertama sejak kemenangan mengatasi Bayern Munich pada 1999.

“Kami berjaya ke final dan ia suatu perasaan yang hebat,” kata van der Sar.

Tetapi dia memberi amaran: “Minda seharusnya perlu kembali jelas kini kerana kita memiliki perlawanan penting pada Sabtu dan itulah yang seharusnya berlaku di kelab ini.”

Van der Sar dan rakan sepasukan tidak akan memandang rendah keupayaan Hammers ketika kelab berpangkalan di London itu menang di Old Trafford pada penamat musim lalu dengan Carlos Tevez kini di United, menjaringkan gol.

Kunjungan Chelsea ke Newcastle hadir tepat pada masanya apabila Magpies kembali menunjukkan tanda kemajuan di bawah kendalian Kevin Keegan tanpa sebarang kekalahan dalam tujuh perlawanan.

Bagi Blues penyerang, Didier Drogba, tonggak utama mereka berdepan Liverpool dalam pertembungan epik separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah kembali ke Bridge, kejayaan ke Eropah paling diutamakan selepas kejayaan berturut-turut pada gelaran domestik 2005 dan 2006 di bawah kendalian bekas jurulatih Jose Mourinho.

“Sejak bermula musim, Liga Juara-Juara Eropah ialah sasaran kami,” kata penyerang antarabangsa Ivory Coast itu. ? AFP

2 People have left comments on this post



» macholibre said: { May 4, 2008 - 05:05:35 }

yeah..
champion league jadi buruan chelsea..
man utd brsedialah utk berpuas hati dgn satu piala musim ni
tu pun belum tentu lagi, ada 90 minute lg dgn wigan
hrp wigan mampu jd ” The Giant Killer ” mcm boro hehe

» chanpang said: { May 4, 2008 - 11:05:44 }

wigan xmampu nk jadi giant killer,new castle dgn bolton je mampu jadi giant killer =p

chanpang’s last blog post..Iron Man