Hargreaves tunggak utama Fergie

Ferguson menafikan laporan media Inggeris yg mendakwa dia marah dengan bekas pemain tengah Bayern Munich itu kerana masalah disiplin. Sebaliknya dia memuji persembahan Hargreaves ketika membantu pasukannya menang 2-0 ke atas Roma walaupun hanya dimasukkan sebagai pemain gantian.

o

Pada perlawanan suku akhir pertama CL di Stadium Olimpio 1 April lalu, Hargreaves berjaya mengubah corak permainan sekaligus memastikan kemenangan United di tempat lawan. Pemain kebangsaan England itu juga bakal diturunkan menghadapi Middlesbrough pada jam 8.25 mlm waktu Malaysia bagi mengutip tiga mata berharga EPL.

Pada perlawanan semalam saingan United yang pakar seri iaitu Arsenal seri 1-1 dgn Liverpool dan Chelsea pula menang 2-0 ke atas Manchester City utk mengekori rapat MU.

Jelas Ferguson, “kami akan menurunkan skuad terbaik menentang Boro hari ini”. Kini hanya tinggal enam perlawanan sebelum juara EPL ditentukan.

Ferguson mendedahkan kontrak Rio Ferdinand juga akan disambung dalam masa terdekat. Pemain pertahanan itu kini dalam prestasi terbaiknya dan pertama kali menjadi kapten England ketika menentang Perancis dalam satu perlawanan persahabatan hujung bulan lalu. - AP

3 People have left comments on this post



» The Gunners Fan said: { Apr 6, 2008 - 11:04:58 }

hargreaves????
Ape2 pn ManKayu 2-2 M’Boro!!!!!!!!!!!
setan merah pn prediction jauh trsasar…………….

» Setan Merah said: { Apr 7, 2008 - 12:04:05 }

@The Gunner Fan
nape ko bodoh sangat…
ko tak baca tajuk entry nie
komen la bawah match preview lain kali…
arsenal memang bodoh yek…
ko nak kutuk..nak ape ke…itu lu punyer pasal…
tapi komen la kat entry yang sepatutnya..
ada paham!!

» chanpang said: { Apr 7, 2008 - 04:04:56 }

arsenal da weng kot…tu la baca tajuk entry pon da x btol da..kekekeke