Kesedaran Nani

Luís Carlos Almeida da Cunha-Nani, telah meminta maaf atas sikapnya yang kurang matang semasa perlawanan Man Utd dgn West Ham di mana Nani telah menerima kad merah atas tindakannya yang menanduk Lucas Neill pemain pertahanan West Ham.
Nani, seorang pemain yang dianggap akan menyinari EPL pada musim ini selepas pembelian Sir Alex Ferguson kerana dia dianggap seorang pemain yang mempunyai ciri-ciri seperti Ronaldo. Nani dipercayai akan menggantikan Ryan Giggs yang usianya makin meningkat di masa akan datang sebagai seorang pemain sayap kiri.
Selepas insiden tersebut, Sir Alex Ferguson amat marah disebabkan tindakan tidak matang Nani telah menyusahkan rakan-rakan sepasukannya yang terpaksa bermain dengan sepuluh orang selama lebih daripada separuh masa. Namun, Nani sedar akan kesilapannya dan kini dia sudah sedar setelah didenda sebanyak 378600 ringgit malaysia oleh Sir Alex Ferguson…
Nani telah meminta maaf dan berkata:” saya sedar akan tindakan saya yang kurang matang dan tanpa berfikir dahulu, namun di sini saya ingin menyatakan bahawa saya telah dikasari terdahulu!”
“Saya amat menyesal dengan apa yang telah saya lakukan, justeru itu saya ingin meminta maaf di sini kepada semua pihak atas kesilapan saya!!”


4 People have left comments on this post
boleh tahu tak kat mana butik MU dkt kl ni….
boleh kasi alamat x?
@adan
butik Man utd kt Malaysia nie…
butik Nike je la…
kt sane brg Man Utd sure ade…
aku akan check out..dan inform ko later…
Selamat Datang ke BorakManUtd.Com
nani nih still darah muda.. hehehe.. ronaldo dulu2 dtg cm diela.. nk panas.. nk main sorang2.. nk spk bola ke laut.. tp pengalaman dan kematangan mengajar die bagaimana menjadi pemain terhebatt..
dh klu kapten2 pasukan dlm liga english pilih die terbaikk utk anugerah PFA award.. mmg terbaikla jawabnya.. john terry pon mengaku vote die.. huhu..
tp lg best.. wenger pon siap ckp akan vote ronaldo sbgi world best player.. hihi.. so ckp2 org kate die sbnrnye xpower.. hanyela ckp2 org cemburu dgn die..