Man Utd v Roma
CHAMPIONS LEAGUE QUARTER-FINAL SECOND LEG
Tempat: Old Trafford Tarikh: awal pg Khamis 10 April Kick-off: 2.30 waktu M’sia
Kali ini Manchested United akan turun tanpa kelibat Nemanja Vidic dan mungkin juga tanpa kelibat Rio Ferdinand kerana masalah kecederaan. Gary Neville dan Mikael Silvestre mungkin akan diturunkan kali ini.
Untuk kem Roma pula, Kapten Roma yaitu Francesco Totti tidak akan diturunkan kerana masih mengalami ‘muscle injury’. Tetapi kali ini midfielder Alberto Aquilani akan diturunkan.
Setelah MU menang 2-0 ditempat lawan pada minggu lepas, kini MU perlu sekadar seri untuk melayakkan peringkat ke seterusnya yaitu semi final. Menunggu MU di peringkat semi final berkemungkinan besar adalah Barcelona.
Mengikut history MU di dlm CL, mereka telah merangkul CL trofi ini sebanyak 3 kali - tahun 1967-68, 1990-91 dan 1998-99. Tahun lepas MU tersekat di peringkat separuh akhir dengan kelab dari Itali yaitu AC Milan dgn agreget 3-5. Roma pula setakat ini belum berjaya ke peringkat separuh akhir.
Untuk pertemuan kali kedua ini, ada beberapa pemain kedua-dua pasukan menerima one yellow card away from suspension yaitu Mirko Vucinic, Marco Cassetti, Cicinho, Daniele De Rossi, Max Tonetto dan Philippe Mexes (AS Roma), Nani dan Patrice Evra (Manchester United).
Jika Van der sar diturunkan, ini merupakan penyertaan yg ke-100 dalam perlawanan kelab Eropah ( termasuk 2 perlawanan ketika bermain dgn Ajax dalam Piala UEFA). Paul Scholes juga penyertaan yg ke-100 jika diturunkan.
Daniele De Rossi dan David Pizarro telah bermain 9 kali dgn Roma dlm kesemua perlawanan CL musim ini. Bagi MU pula, tiada pemain yg telah bermain ke semua perlawanan (9 kali) setakat ini.
Mirko Vucinic adalah penjaring terbanyak Roma dlm CL kali ini dgn 4 gol. Ronaldo pula dgn 7 gol. Untuk perhatian kepada pemain lawan, Ronaldo adalah penjaring terbanyak EPL setakat ini dgn 27 gol dan 37 gol jika dikira kesemua kejohanan (seperti piala FA dan Carling). Kini Ronaldo mengejar rekod pemain lagenda MU yaitu Denis Law dgn 46 gol semusim.
dapatkan Wallpaper MU vs Roma dgn paparan yg lebih besar disini.


2 People have left comments on this post
chot…
wallpaper memang smart la…
itu biasa…hehehe