Masa depan Ronaldo selepas Moscow

MADRID, Sepanyol - Masa depan Cristiano Ronaldo di Manchester United akan diketahui selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Moscow Rabu ini.


RONALDO masih berteka-teki mengenai masa depannya di Old Trafford.

Pemain sayap skuad kebangsaan Portugal ini membuat kenyataan yang mengejutkan apabila membayangkan dia akan berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Ronaldo menjadi aset paling berharga United selepas menjaringkan 41 gol bagi membantu pasukannya mempertahankan gelaran Liga Perdana England musim ini.

Selain itu, mereka juga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Real sudah beberapa kali menyuarakan keinginan untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun ini dan laporan media mendedahkan mereka bersedia untuk membuat tawaran berjumlah 100 juta pound (RM630 juta).

Menjelang pertemuan menentang Chelsea Rabu ini, Ronaldo memberitahu televisyen Sepanyol, Antena 3: “Saya gembira berada di sini (Old Trafford) tetapi lihat apa yang berlaku selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

“Saya tahu Real Madrid menaruh minat terhadap saya selain tahu beberapa pasukan di Sepanyol. Ia adalah sesuatu yang baik dalam karier bola sepak saya.”

Begitupun Ronaldo yang juga pemain terbaik England sebanyak dua kali berturut-turut mengakui dia masih belum berpuas hati walaupun sudah merangkul beberapa anugerah berprestij sepanjang musim yang menakjubkan ini. - Reuters

3 People have left comments on this post



» sishoney said: { May 18, 2008 - 12:05:06 }

salam,
instinct aku kuat mengatakan ronaldo akan keluar
kita sendiri perasan yg kat EPL ramai yg xsuka die (fans pasukan2 lain)
since insiden die dgn rooney masa piala dunia(kalau aku xsilap)
so no wonder la die nak chow.
ini dtambah2 lagi sll kene bentes dgn player lawan
then sll kene boo bila dapat bola…
teringat plak masa beckham nak ke real…pon tunggu last game kan…
so kalau ronaldo ke rel madrid,agak2 no.7 hak milik siapa ya???

» chot said: { May 18, 2008 - 08:05:32 }

bg aku pula, ronaldo xakan tgglkan MU dlm masa beberapa tahun ini. kini dia menerima gaji tertinggi di EPL dgn RM200k seminggu dan ferguson sudah memberitahu kenyataan sebelum ini dgn mengatakan ronaldo xakan dijual..kalau nak jual pun bayaran perpindahannya akan mencatat rekod paling mahal beb..

chot’s last blog post..sorry I missed your party

» acai said: { May 20, 2008 - 11:05:59 }

aku pun tak rase dia akan tinggalkan MU musim depan..:)
tengok gak yg tanye tupun media mereka..biasalah..tapi satu hari nnti aku rase dia akan kesana gak..
madrid kat kisah nak bagi gaji mahal or perpindahan mahal..
aku rase dia akan berpindah bila Sir Alex tu bersara..*smile..

go go chelsea!!! hahahaha*bikin panas..

acai’s last blog post..Misi amik gambar bunga pokok naga..