Community Shield Highlight+Penalty Video

Posted on August 11th, 2008 by by Setan Merah

I’m sure some of Red Devil fan missed last night game. Here is the highlights and penalty video of Manchester United vs Portsmouth.

first half highlights

second half highlights

penalty (Man Utd won 3-1 )

Keputusan 3-1 (sepakkan penalti)

Posted on August 11th, 2008 by by Sir Alex

WEMBLEY - Manchester United memulakan langkah bergaya pada kempen awal musim ini apabila muncul juara Piala Perisai Kemasyarakatan selepas menewaskan Portsmouth semalam.

Perlawanan yang menemukan juara Liga Perdana England itu dengan Portsmouth selaku juara Piala FA menyaksikan anak buah Alex Ferguson menang 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Terdahulu, pada aksi di Stadium Wembley, kedua-dua pasukan gagal mencipta sebarang jaringan dan sekadar berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan selepas berakhirnya 90 minit perlawanan.

Penjaga gol antarabangsa Belanda, Edwin Van der Sar muncul wira United selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti Arnold Mvuemba.

Dua lagi sepakan penalti Portsmouth yang diambil Lassana Diarra dan Glen Johnson sekadar melepasi palang gol.

Sebaliknya, tiga pemain United, Carlos Tevez, Ryan Giggs dan Michael Carrick masing-masing bijak memperdayakan penjaga gol Portsmouth, David James.

Sebelum itu, United terpaksa beraksi tanpa kehadiran beberapa tonggak utama termasuk Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo.

Pertembungan ini merupakan aksi pembuka tirai Liga Perdana England musim 2008/2009. - Agensi

Preview Perlawanan-Man Utd v Portsmouth

Posted on August 10th, 2008 by by Sir Alex

Ya kita kembali kepada musim EPL yang baru yaitu edisi 2008/2009. Seperti anda sedia maklum perlawanan ‘community shield’ akan membuka aksi awal diantara pemenang juara EPL ManUtd dan juara FA yaitu Portmouth.

Date: Sunday, 10 August Kick-off: 9.50mlm waktu M’sia Venue: Wembley Stadium

Kemungkinan besar kapten ManUtd Gary Neville akan kembali beraksi dalam perlawanan ini.

Cristiano Ronaldo (ankle), Owen Hargreaves, Ben Foster, Louis Saha dan Park Ji-sung (all knee) tidak akan diturunkan.

Untuk kem Portsmouth pula turun tanpa midfielders Lassana Diarra (ankle) dan Sean Davis (hip), Glen Little pula berhempas pulas utk pulih dari kecederaan. Peter Crouch dan Jermain Defoe akan menjadi penyerang berkembar pompy kali ini?

Barisan Manchester United yang jangka diturunkan: Van der Sar, Kuszczak, Neville, Brown, R Da Silva, Ferdinand, Vidic, O’Shea, Evans, Evra, Silvestre, F Da Silva, Nani, Carrick, Scholes, Fletcher, Gibson, Possebon, Giggs, Martin, Tevez, Campbell.

Barisan Portsmouth yang jangka diturunkan: James, Johnson, Campbell, Distin, Hreidarsson, Utaka, Diop, Pedro Mendes, Kranjcar, Crouch, Little, Sahar, Diarra, Defoe, Davis, Kanu, Wilson, Duffy, Lauren, Nugent, Mvuemba, Cranie, Ashdown.

Fakta

ManUtd membuat penampilan kali 25 dalam FA Commmunity Shield ini dan telah memenanginya sebanyak 12 kali.

Pada musim yang lepas, kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak 3 kali. 2 perlawanan dalam EPL dimana di Fratton Park berkesudahan seri dan di Old Trafford MU menang dengan jaringan 2-0. Satu lagi perlawanan mereka bertemu dalam FA Cup, dimana MU kalah dalam peringkat suku akhir.

Musim terbaru ini adalah 23 tahun Sir Alex Ferguson membimbing MU dgn portfolio memenangi Champions League 2 kali, EPL 10 kali dan FA 5 kali.

Pengadil

Peter Walton akan mengantikan pengadil asal yaitu Mark Clattenburg. Mark Clattenburg, who is suspended from officiating while the FA investigate allegations relating to debts of companies connected to the Fifa-listed referee.

Zemanta Pixie

Ronaldo buka pekung di dada

Posted on August 10th, 2008 by by Sir Alex

LONDON - Pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo mengakui, kejayaan Manchester United menjuarai Liga Juara-Juara musim lalu telah mencetus- kan keinginannya menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

“Saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan United dan saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah memberitahu sesiapa tentang hal ini.

“Jika kami tidak menjadi juara Eropah, sudah tentu saya tidak terfikir untuk menyertai Real.

“Tetapi selepas kami memenangi Liga Juara-Juara, saya merasakan dalam tempoh lima tahun saya telah membantu United memenangi segala-galanya.

“Kami memenangi Liga Perdana England sebanyak dua kali, saya juga memenangi anugerah individu ter- masuk penjaring terbanyak Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

“Jadi saya merasakan sudah sampai masanya untuk saya mencari satu cabaran baru,” kata Ronaldo kepada akhbar Portugal, Publico kelmarin.

Dalam pada itu, Ronaldo serta Wayne Rooney tidak akan beraksi pada saingan Piala Kemasyarakatan menentang Portsmouth di Stadium Wembley esok.

Perlawanan ini merupakan aksi pembukaan Liga Perdana England 2008/2009 yang menemukan juara Liga Perdana England musim lalu, United dengan juara Piala FA, Portsmouth.

Ketika Rooney dan Ronaldo yang masih berehat, manakala Louis Saha tidak cergas sepenuhnya, Carlos Tevez dijangka mengetuai jentera serangan United.

“Ini adalah satu kebimbangan. Wayne sudah pasti akan terlepas aksi awal musim dan masa depan Louis Saha masih belum diputuskan.

“Situasi ini menyaksikan kami menghadapi masalah pemain di bahagian serangan,” kata pengurus United, Alex Ferguson. - Agensi

Akhirnya-Keputusan muktamad Ronaldo

Posted on August 8th, 2008 by by Sir Alex

LONDON - Cristiano Ronaldo akhirnya menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila mengakui akan terus kekal bersama Manchester United musim ini.

Bintang Portugal itu akan kembali ke Old Trafford hari ini dan berjanji untuk memberi aksi terbaik buat juara berganda itu.

Malah, Ronaldo juga menegaskan yang dia patut dipersalahkan di atas segala kontroversi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Marid pada musim perpindahan ini.

Pemain sayap itu berhasrat untuk berhijrah ke Sepanyol, namun terpaksa menerima hakikat bahawa impiannya itu tidak akan terlaksana tahun ini.

Dia mendedahkan telah berbincang dengan pengurus United, Alex Ferguson dan setelah bertukar pandangan, kedua-duanya bersetuju untuk menyaksikan Ronaldo meneruskan kariernya di Old Trafford.

“Ya, saya akan kekal di Manchester United. Saya akan tinggal di sini hanya untuk musim ini,” kata Ronaldo.

“Saya dan Ferguson telah berbincang dan kami bersetuju bahawa jalan penyelesai- an terbaik bagi kedua pihak ialah saya kekal di sini.

“Oleh itu, saya boleh jamin bahawa musim baru ini saya akan beraksi buat Manchester United.”

Ronaldo juga berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya buat skuad The Red Devils dalam usaha mempertahankan gelaran Liga Perdana England dan juga Liga Juara- Juara musim lepas.

“Sebelum banyak lagi khabar angin, saya ingin menjelaskannya sekarang. Apa saja yang mereka kata atau tulis semuanya adalah tidak benar,” kata Ronaldo.

- Agensi

Ronaldo Staying for Another Year

Posted on August 7th, 2008 by by Setan Merah

Ronaldo telah berkata demikian “Therefore, I can confirm that, next season, I will play for Manchester United” So, selesai nampaknya masalah transfer ini. Namun begitu Si Licik ini hanya setuju untuk bermain satu musim lagi di Old Trafford. Selepas itu, dia mungkin ke Real Madrid.

Ini dia beberapa bahagian menarik daripada berita ESPNsoccernet:

Before rumours emerge saying that I will play against my will, I want to make this clear - whoever says or writes that is lying.

‘I will play for Manchester with all my heart and soul. I will fight and honour that shirt with the same commitment and dedication as always.’

‘I was responsible for all this controversy. Read the rest of this entry »

United bersetuju lepaskan Ronaldo?

Posted on August 6th, 2008 by by Sir Alex

 



LONDON - Manchester United terus berusaha menyakinkan bintangnya, Cristiano Ronaldo (gambar) supaya kekal selama semusim lagi di Old Trafford.

Kelab gergasi England itu turut memberi jaminan Ronaldo akan dilepaskan dengan harga 65 juta pound (RM416 juta) musim depan.

Difahamkan bahawa ahli lembaga United sedang menimbang untuk bersetuju memberi tawaran tersebut kepada kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Begitupun, mereka terlebih dahulu perlu memujuk pengurus Red Devils, Alex Ferguson yang tetap berkeras enggan menjual pemain sayapnya itu.

Sumber dalam United memberitahu: “Ada beberapa individu berfikir apa guna untuk menghalangnya apabila Real bersedia untuk membelinya dengan harga yang lumayan.

“Satu jalan penyelesaiannya ialah Ronaldo akan kekal lagi buat satu musim dengan jaminan dia akan dibenarkan berpindah dengan harga yang dipersetujui hujung musim depan.”

Real bersedia menawarkan rekod harga perpindahan 65 juta pound (RM416 juta) ke atas Ronaldo dan terdapat laporan mereka sanggup menaikkan harga sehingga 80 juta pound (RM512.1 juta).

Dalam pada itu, pengurus Sunderland, Roy Keane dilaporkan berusaha mendapatkan khidmat penyerang United, Louis Saha.

“Harap-harap akan ada dua atau tiga lagi pemain yang akan datang ke sini sebelum musim perpindahan ditutup,” kata Keane. - Agensi