Palacios jadi buruan United
AKSI Palacios (kanan) ketika bersaing dengan pemain Tottenham, Jermaine Jenas pada saingan Liga Perdana England bulan lalu.
LONDON - Bintang tengah kelab Wigan, Wilson Palacios menjadi pemain terbaru yang diintai oleh Manchester United menjelang musim perpindahan tahun ini.
Keputusan itu juga bakal menyaksikan Wigan memperoleh 8 juta pound (49.7 juta) berdasarkan jumlah tawaran yang diberikan United.
Bulan lalu, pengurus United, Alex Ferguson mendedahkan bahawa kelabnya sedang cuba mendapatkan khidmat pemain Honduras itu dan rakan sepasukannya, Luis Antonio Valencia.
“Terdapat hubungan baik antara dua kelab ini dan Wigan telah memaklumkan kepada United bahawa Palacios akan dilepaskan dengan harga 8 juta pound (RM49.7 juta),” jelas satu sumber dalam kelab itu.
“Walaupun jurulatih Wigan, Steve Bruce mahu mengekal pemain itu, namun agak sukar baginya untuk menghalang pemain apabila menerima tawaran daripada kelab hebat seperti Manchester United.
“Valencia pula mungkin akan kekal di Wigan untuk satu musim lagi, tapi keputusan muktamad masih belum diputuskan.” - Agensi


4 People have left comments on this post
TeT!be jE Ba!K nGan W!GaN N!E,,,,,,,,,,,,,
aDE PaPE kEr !!!!!!!!!!
N!E nK KaS! Du!T pLaK KaT W!gaN n!e……………………….
RaSuaH kEr,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
( Pantun 4 kerat)
Naruto Can Beat Man Utd,Liverpool n Chelsea’s last blog post..Arsenal Malaysia say Happy Birthday to Fabregas
palacios ngan valencia nih dari bulan 3 hari tuh man utd dh ade rumours nk dierg.. aku xtau la sesuai ke x.. sbb mid dh berlambak nih..
tp aku dgr man utd nk cantas micah richard.. micah richard nk blah sbb goran bkl kene pecat ngan thaksin.. huhu.. team rival tuh..
biasala kalau pemain dtg dan pergi dlm sesebuah pasukan
tak perlulah terlalu ramai sgt pemain bintang
kdg2 yg bagus pon akan tenggelam
sbb terlalu ramai yg pikir die bagus,,,,
bagi aku,lebih baik pemain muda…
satu pelaburan yg sgt bagusss
1 Trackback(s)