Peluang Real pikat Ronaldo tipis

RONALDO dianggap antara pemain terbaik dunia ketika ini.
MADRID – Jurulatih Real Madrid, Bernd Schuster mengakui peluang juara Liga Sepanyol itu mendapatkan khidmat bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo amat tipis.
“Ketika ini Cristiano Ronaldo adalah pemain terbaik dunia tetapi Manchester tidak mahu menjualnya,” kata Schuster kepada akhbar sukan Sepanyol, AS semalam.
“Jadi dalam tempoh terdekat saya tidak fikir kami akan menandatanganinya.
“Dia adalah bintang di Old Trafford dan selagi mereka tidak menangi gelaran Liga Juara-Juara atau gelaran Liga Perdana England, mereka tidak akan membenarkannya pergi.
“Bagi saya Cristiano Ronaldo sudah berjaya mengatasi Kaka selepas pemain kelahiran Brazil itu hilang rentak di AC Milan musim ini. Suatu hari nanti dia akan bersama kami.”
Tambah Schuster, Klaas Jan Huntelaar dari Ajax Amsterdam, Luis Fabiano (Sevilla) dan Didier Drogba (Chelsea) adalah antara penyerang yang bakal menjadi sasaran Real musim depan.
“Dia (Huntelaar) ada sedikit persamaan dengan (Ruud) Van Nistelrooy dan (Marco) Van Basten. Dia lahir dari latar belakang bola sepak yang menarik di mana dia cepat belajar. Itu semua memberi jaminan apabila kamu menandatanganinya.
“Mereka (Drogba dan Fabiano) juga adalah antara pemain yang hebat. Madrid teruja untuk mendapatkan pemain yang hebat.”
Dalam pada itu Real turut dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pemain tengah AS Roma, Daniele De Rossi dan Alberto Aquilani.
Menurut laporan akhbar Marca, pengarah sukan Real, Pedja Mijatovic telah berlepas ke Rom Selasa lalu untuk membuat tawaran bagi kedua-dua pemain itu.
Roma dilaporkan tidak akan membenarkan De Rossi meninggalkan kelab itu dengan bayaran kurang daripada 30 juta euro (RM150 juta).
Manakala Aquilani, 23, masih mempunyai kontrak bersama Roma sehingga Jun 2009. – AFP
Penjaring terbanyak dlm EPL setakat ini;





5 People have left comments on this post
Apa nak beli Ronaldo? mimpi disiang hari kot, gi tengok tag price dia, NOT FOR SELL
jangan risau Ronaldo, menang je CL nih gaji termahal lah ko dapat
bkn mimpi siang je, mimpi malam pun takkan dapat beli nyer…..kuaw..kuaw…kuaw
aku rasa Ronaldo akan stay lama di Old Trafford seperti gigs…
xmungkin ronaldo beralih arah… ush kata mimipi siang atau mimpi malam, senang ckp baik jgn mimpi langsung, hahahhaha
sependapat gan my laling sir alex, dia akan stay lama nyer kt old trafford jgn risau gaji akn ttp up up a goooooo
aku rase ronaldo tak akan pergi ke real madrid
dia tetap di old trafford