Ronaldo fed up dengan khabar angin
Sebaliknya, pemain antarabangsa Portugal itu tetap dengan pendiriannya untuk terus kekal di Old Trafford.
![]() |
| RONALDO enggan mengambil risiko dengan menyertai kelab lain. |
Kehebatan Ronaldo yang telah menjaringkan 37 gol dalam semua pertandingan musim ini telah menarik minat beberapa kelab terkemuka Eropah untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini.
Begitupun, pemain berusia 23 tahun itu menjelaskan bahawa dia tidak bercadang untuk meninggalkan United dalam waktu terdekat.
“Saya tidak peduli dengan apa yang akan diperkatakan oleh orang ramai tentang diri saya atau spekulasi masa depan saya.
“Saya sudah bercakap beribu kali dan kini orang ramai perlu sedar bahawa saya terlalu gembira di United,” katanya.
“Saya menjalani kehidupan yang baik dan melalui musim yang hebat dalam karier. Jadi ia menjadikan saya marah apabila saya membaca sesuatu berita yang berkaitan dengan masa depan saya.
“Saya marah tetapi saya cuba untuk menerimanya kerana ia tidak mendatangkan hasil.” - AFP


