Ronaldo sertai Real?

LONDON - Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan semakin hampir menyertai Real Madrid.

Akhbar Britain melaporkan Ronaldo sudah bersedia untuk menandatangani kontrak bersama juara Liga Sepanyol itu sekiranya mereka bersedia membayar dengan harga yang ditetapkan United.

Malah, jurulatih Real, Bernd Schuster dikatakan sanggup menjadikan Ronaldo sebagai pemain termahal di dunia sekiranya Ronaldo dapat memujuk United untuk melepaskannya.

Sebelum ini, akhbar The Times melaporkan bahawa Real bersedia melakukan apa sahaja untuk memujuk United melepaskan Ronaldo.

Bekas bintang Sporting Lisbon itu dijangka mengeluarkan kenyataan lanjut sejurus selepas berakhirnya Kejuaraan Eropah (Euro) 2008.

“Ronaldo telah membuat keputusan untuk berpindah ke Madrid dan dia akan menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman,” kata sumber terdekat dengan Ronaldo kepada akbar Daiy Mirror.

“Pengumuman ini merupakan detik yang amat penting tetapi ia tidak akan berlaku sehinggalah berakhirnya kempen Euro 2008 buat Portugal.”

Enam belas bulan lalu, Ronaldo telah menandatangani kontrak bersama United dengan bayaran 120,000 pound (RM758,700) seminggu tetapi dia dijangka menerima bayaran dua kali ganda sekiranya berpindah ke Bernabeu.

Awal bulan ini pula, pengurus United, Alex Ferguson mengugut dia lebih rela meletakkan Ronaldo di bangku simpanan daripada membiarkan bintangnya itu meninggalkan Old Trafford.

Ferguson juga tetap dengan keputusannya untuk tidak menjual Ronaldo meskipun Real dilaporkan bersetuju untuk menawarkan pemain sayap Brazil, Robinho sebagai sebahagian daripada perjanjian. - AFP

6 People have left comments on this post



» Manu said: { Jun 18, 2008 - 12:06:22 }

ilang semangat aku klau ronaldo pergi real madrid
dia la satu2 bintang paling hebat di old trafford

:(-

» Manu said: { Jun 18, 2008 - 12:06:44 }

ilang semangat aku klau ronaldo pergi real madrid
dia la satu2 bintang paling hebat di old trafford

:(

» Manu said: { Jun 18, 2008 - 12:06:30 }

Hilang semangat aku klau ronaldo pergi real madrid
dia la satu satu nya bintang paling hebat di old trafford

:(

» Dewa said: { Jun 23, 2008 - 04:06:53 }

Setuju dgn SAF bekukan ronaldo di kerusi pemain simpanan. ‘Big Head’ mcm ronaldo patut di ajar sedemikian. Seorang yang tidak menghormati rakan² sepasukan, pengurusan MU dan peminat² di seluruh dunia. Rata² peminat MU di seluruh dunia dah memang jelak dgn karenah beliau (sila rujuk fanzone di http://www.manutd.com). Di sini anda boleh baca komen² peminat fanatik Man Utd yang dh menyampah sgt² dgn Ronaldo. Pls remind him One man doesn’t make a team. MU gah bkn kerana jaringan 40gol semusim ronalda tp kerjasama sepasukan… A solid defense, superb midfield n deadly attcking.

» mmuurrllyy said: { Jun 23, 2008 - 06:06:05 }

yes dewa…im agree with you..I predicted Ronaldo will leave Old Trafford last season. Im sure Rooney will come out from his shadow to shine

and we still have Tevez and unsung hero Park Ji-sung

:-)
mmuurrllyy’s last blog post..Blogging from the Sea

» rudyproject said: { Jun 27, 2008 - 09:06:12 }

if i were SAF i will definately sell this guy to madrid. don’t let beckham incident repeat itself. one big headed will make the team collapse. and doesn’t mean if he go to real he will be playing the same football as he was playing with Man U. i’m not surprised if he will not be playing regularly in madrid. final verdict. SELL HIM! SELL FAST!

rudyproject’s last blog post..fly me to the moon