Ronaldo terus diiktiraf lagi

RONALDO menerima pengiktirafan kedua di England semalam.




LONDON – Pemain sayap Manchester United, Cristiano Ronaldo telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Bola Sepak England semalam.

Ronaldo muncul pemain kedua yang berjaya memenangi anugerah ini untuk dua musim berturut-turut sejak ia kali pertama diperkenalkan 60 tahun lalu.

Penyerang Liverpool, Fernando Torres dan penjaga gol Portsmouth, David James masing-masing di tempat kedua dan ketiga pada satu undian yang dilakukan oleh Persatuan Penulis-Penulis Sukan Bola Sepak (FWA).

 



Bagi Ronaldo, kejayaannya menerima anugerah itu adalah yang kedua dalam tempoh seminggu selepas turut dipilih sebagai penerima anugerah Persatuan Bola Sepak Profesional England (PFA).

Bintang Portugal itu yang telah menjaringkan 38 gol musim ini, menyamai rekod penyerang Arsenal, Thierry Henry yang memenangi anugerah ini dua musim berturut-turut.

Henry merangkul gelaran ini pada tahun 2003 dan 2004, sekali lagi pada tahun 2006.

“Anugerah yang dimenangi Ronaldo ini bukan satu kejutan selepas beraksi cemerlang musim ini,” kata pengerusi FWA, Paul Hetherington.

“Dia tidak mendapat undian 100 peratus tetapi sejak undian dilancarkan, dia mendahului senarai pemain yang lain.

“Menjaringkan 38 gol dalam satu musim, ia adalah sesuatu yang sukar dilakukan oleh seorang pemain sayap. Berdasarkan usianya, dia berpeluang untuk memenangi anugerah ini pada tahun-tahun yang akan datang.” – Reuters

2 People have left comments on this post



» Penyokong Setia MANU said: { May 8, 2008 - 09:05:02 }

Cristiano Ronaldo paling hebat di MANCHESTER UNITED

» adan said: { May 9, 2008 - 11:05:43 }

ya…betul..bro kat mana ada butik mu kat kl ni