Sana Sini
Teman Wanita terbaru si Ronaldo

Pemain paling sensasi di dunia sekarang ini dikatakan bercinta dgn model dari sepanyol yaitu Nereida Gallardo. Nereida tua setahun drpd Ronaldo.

Sebenarnya tanpa kita sedari Nereida sudah beberapa kali hadir ke stadium utk melihat kekasih hatinya bermain dan itu mungkin menjadi punca Ronaldo menjadi penjaring terbanyak ketika ini dgn 36 gol.

———————————————————————————————————
Ferdinand resahkan kem United

FERDINAND belum pasti diturunkan Khamis ini.
LONDON - Tonggak pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand dilaporkan terpaksa bergelut dengan masalah kecederaan buku lali.
Situasi itu pasti meresahkan kem United menjelang aksi suku akhir kedua Liga Juara-Jura menentang AS Roma di Old Trafford Khamis ini.
Pengurus United, Alex Ferguson turut berharap Ferdinand tidak mengalami kecederaan serius selepas kapten United itu terpaksa dikeluarkan pada babak kedua ketika menentang Middlesbrough pada aksi Liga Perdana England kelmarin.
Sebelum ini, seorang lagi pertahanan kental United, Nemanja Vidic terpaksa direhatkan selama dua minggu lalu ekoran masalah kecederaan.
“Diharapkan kecederaan dialami Ferdinand tidak serius. Dia dalam keadaan terhincut-hincut ketika dikeluarkan kelmarin,” kata Ferguson.
Ferdinand mengalami kecederaan tersebut selepas dia cuba menghalang percubaan penyerang Boro, Afonso Alves.
Semalam, akhbar Guardian melaporkan bahawa Ferdinand tidak mempunyai peluang beraksi ketika menentang Roma nanti.
Pada aksi suku akhir pertama di Rom minggu lalu, Ferdinand menjadi antara tunjang utama United yang mencipta kemenangan 2-0 ke atas kelab gergasi Itali itu.
Dalam pada itu, Francesco Totti dilapor tidak akan diturunkan pada aksi di Old Trafford nanti.
Pada pertemuan pertama yang menyaksikan Roma tewas 0-2 di Stadium Olimpik minggu lalu, bekas penyerang kebangsaan Itali itu juga tidak dapat beraksi disebabkan masalah ke cederaan.
Mengulas ketiadaan Totti, jurulatih Roma, Luciano Spalletti berkata, dia menyenaraikan Alberto Aquilani bagi menggantikan tempat kapten Roma itu pada aksi di Old Trafford nanti.
- Agensi



5 People have left comments on this post
3-1 sape menang bro..!!
kena faham masalah gak.!!
wow! seksinya itu awek~ hahaa
besar la..patut Ronaldo suke..haha
memang bosar! haha..
aku nak gi ke old trafford
nak tekel awek ronaldo
aku sokong awek ronaldo
;phue…hue..hue…
tak yah tengok lagi game malam nie
Man U tinggal tunggu pemenang Barca vs Schalke
Man U tak lepas juga dah advance 2-0
kita ketuk kepala di orang satu satu