Tabiat pelik Tevez

Sempena jaringan penyelamat Tevez semalam, artikel ini mengenai dirinya.


Carloz Tevez mencuri perhatian rakan-rakan sepasukan berikutan tabiatnya yg gemar memesan minuman teh ketika berada di kelab malam.

Dia yg berasal dari Argentina itu juga gemar mencelupkan beberapa keping biskut ke dalam air teh. Satu sumber melaporkan bahawa teh yg disediakan dalam cawan teh Cina menyebabkannya dikenali dgn nama panggilan Tea-vez.

“Carloz kerap menghabiskan masa pada waktu malam bersama teman sepasukannya tetapi jika mereka memesan minuman keras, dia sebaliknya gemar meminum teh. Rakan-rakan sepasukannya mendapati ia sesuatu yg melucukan,” kata sumber berkenaan.

Tevez, 24, berhijrah ke Britain sebagai pemain bola sepak pada tahun 2006 di mana dia dikenali dengan reputasi sebagai seorang budak lelaki nakal.

Pemain itu dibesarkan di Buenos Aires, Argentina dan kemalangan akibat air mendidih ketika zaman kanak-kanaknya telah meninggalkan parut disalah satu anggota badannya.

2 People have left comments on this post



» Vishnu said: { Apr 21, 2008 - 01:04:25 }

kat leher tu kot? ada mcm parut je……
kecian dia…
tp takpe…
dia adalah scorer MU….
menjadi giiiiiler….

» rom....red devil said: { Apr 26, 2008 - 02:04:05 }

teves da macam org melayu laaaa…
good2..go teves go..