UEFA CHAMPIONS LEAGUE FINAL

Venue: Luzhniki Stadium, Moscow Date: khamis, 22 May Kick-off: 2.45 waktu M’sia

1stly berita baik utk MU, pemain pertahanan Chelsea Ashley Cole telah cedera sewaktu trainning semalam. Kecederaan pada ‘ankle’ yg dilakukan oleh Makelele ini membuatkan Ashley Cole di papah keluar.

Chelsea bakal beraksi dalam perlawanan akhir pertama Liga Juara-Juara manakala Manchester United kembali ke pentas final selepas sembilan tahun menunggu.

United-Chelsea sarat dengan pemain yang memiliki pengalaman di pentas final kejohanan itu apabila kedua-duanya berentap pada perlawanan akhir di Stadium Luzhniki, Rusia, awal pagi esok.

Selepas bertungkus lumus dalam saingan Liga Perdana England, mereka akan membuat sepak mula dengan 13 daripada 22 pemain kesebelasan utama pernah beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan tertinggi kelab Eropah itu.

Ryan Giggs dan Gary Neville berpeluang untuk mengulangi kecemerlangan di kelab yang sama selepas mereka mara ke final pada 1999 pada perlawanan yang penuh glamor.

Namun yang menjadi ukuran sebagai daya tarikan untuk menyaksikan pertembungan kelab England itu ialah Chelsea yang mara ke tahap ini buat pertama kali.

Pasukan itu mungkin boleh memilih lapan pemain yang pernah beraksi dalam final Liga Juara-Juara – dengan enam daripadanya mewakili pasukan yang menang.

Para pemain terbabit menyertai Chelsea lima tahun lalu kerana reputasi yang dibina bersama bekas kelab masing-masing.

Bagi pemain bintang United yang akan beraksi dalam perlawanan hari ini, hanya Patrick Evra yang masih belum merasai kemenangan walaupun penjaga gol Edwin van der Sar berada di pasukan yang tewas, Ajax pada musim 1995 dan 1996.

Penampilan Van Der Sar itu adalah yang pertama berbanding 13 pemain lain, dengan pemain United, Giggs dan Neville beraksi buat pertama kali di final pada edisi berikutnya pada 1999.

Penyerang Chelsea dari Perancis, Nicolas Anelka beraksi untuk Real Madrid ketika menang 3-0 ke atas Valencia pada 2000.

Pemain United Owen Hargreaves merupakan sebahagian daripada pasukan Bayern Munich yang menewaskan Valencia menerusi penalti pada tahun berikutnya.

Gandingan penyerang Chelsea, Michael Ballack dan Claude Makelele beraksi sebagai ‘musuh’ pada final 2002 ketika kelab Jerman Bayer Leverkusen menewaskan Madrid 2-1.

Setahun selepas itu, Andrei Shevchenko menjadi sebahagian daripada anggota pasukan AC Milan yang menewaskan Juventus di final.

Shevchenko tampil bersama pasukannya yang tewas pada 2005 kepada Liverpool – bersama-sama Van der Sar, iaitu pemain tunggal daripada 13 pemain yang beraksi dalam dua perlawanan akhir.

Evra beraksi menentang pasukan yang diwakili Ricardo Carvalho dan Paulo Ferreira pada final 2004 apabila pasukan gandingan pemain itu, Porto menewaskan Monaco 3-0.

Pemain terakhir kumpulan tersebut yang pernah beraksi di final iaitu pertahanan Chelsea, Juliano Belletti dan Ashley Cole, yang ‘bermusuhan’ pada final 2006 ketika Barcelona menewaskan Arsenal.

Belletti memastikan kemenangan selepas diturunkan sebagai pemain gantian.

Namun hakikatnya, Shevchenko, Neville, Belletti dan Ferreira sudah hampir pasti tidak akan diturunkan, begitu juga Hargreaves, segala-galanya bergantung kepada formasi yang akan digunakan oleh bos United, Sir Alex Ferguson untuk membuat pilihan.

Anelka juga dijangka menghuni bangku simpanan kerana pengurus Chelsea, Avram Grant lebih yakin kemampuan Didier Drogba di bahagian serangan, manakala Giggs mungkin diturunkan sebagai pilihan kedua menggantikan pemain Korea, Park Ji-Sung.

Ini bermakna mungkin enam daripada 13 pemain yang pernah beraksi di pentas final akan diturunkan pagi ini.

Tetapi tidak kira apa yang akan terjadi, kedua-dua pasukan tidak boleh dianggap kurang pengalaman dalam pertandingan bola sepak tertinggi Eropah itu.

9 People have left comments on this post



» acai said: { May 21, 2008 - 11:05:48 }

takpe, bridge punye crossing lagi bahaya kepada defence manutd..:) itulah kalau dia mainlah,ehhe..senang lagi drogba nak header ball nanti…:P

acai’s last blog post..Chelsea vs Manchester United

» Setan Merah said: { May 21, 2008 - 01:05:59 }

alah…kesian Cole..
xdpt nk main final la…
mana PREDICTION???

» Sir Alex said: { May 21, 2008 - 02:05:19 }

oh ya..bole lupa plak prediction…

MU menang 3-1!

Sir Alex’s last blog post..nandos oh nandos…

» Rjuna said: { May 21, 2008 - 04:05:25 }

tekanan buat Chelsea kerana belum pernah memenangi nya, MU dah, cuma kami tamak, kami mahu 2 Piala untuk berasa takjub, riak lagi haloba

Aku benci Ballack dia duri dalam daging , Vidic sila kawal mamat nih

Dua-dua ada peluang menang, enjoy da game geng

Rjuna’s last blog post..BAU-Warkah

» Setan Merah said: { May 21, 2008 - 09:05:53 }

huhu…gua predict Red menang 3-2…dramatik score nie

» Setan Merah said: { May 22, 2008 - 06:05:15 }

W E A R E T H E C H A M P I O N S O F E U R O P E !!!!!!!!!!!!!

» Red Degil said: { May 22, 2008 - 08:05:41 }

We are the champions!! Wee are the champions!!
And we’ll keep on fighting – till the end –
We are the champions!!
Weee are the champions!!!!!
No time for losers
Cause we are the champions – of the world!!!

Glory glory Man united!!
Glory glory Man united!!
Glory glory Man united!!
As the reds go marching up up up!!!

» fenaldo said: { May 22, 2008 - 01:05:24 }

man.utd..akhirnya menjadi jaura selepas 10 tahun..menanti utk ditabalkan sebagai winner champions league 2008 buat kali ke-3…good job..for sir alex…aku rasa..tahun c.ronaldo jadi pilihan fifa player the best….

» Setan Merah said: { May 23, 2008 - 11:05:14 }

gua cakap game paling dramatik….huh