Ujian getir Arsenal
LONDON - Arsenal akan berdepan ujian getir minggu ini sebelum mereka dapat merealisasikan impian untuk menjulang Liga Perdana England.

Jika melepasi ujian ini, peluang mereka mungkin kembali terbuka dan jika gagal, skuad bimbingan Arsene Wenger itu boleh melupakannya.
Mereka akan diuji Manchester United esok pada perlawanan tumpuan di Old Trafford.
The Gunners yang mahu menebus kekecewaan tersingkir daripada kempen Liga Juara-Juara oleh Liverpool Selasa lalu, kini ketinggalan enam mata di belakang United dan pastinya hanya kemenangan sahaja yang mampu mencerahkan peluang mereka dalam perebutan juara liga.
Arsenal dibarisi pemain yang berbakat, namun mereka masih lagi belum menjuarai sebarang gelaran musim ini.
Kritikan turut dilemparkan ke atas pemain mereka yang kebanyakannya dibarisi bintang dari luar England sehingga menyebabkan The Gunners tidak memiliki semangat berpasukan yang utuh dan juga kesungguhan.
Begitupun, kemenangan Arsenal ke atas Bolton menangkis segala kritikan itu selepas mereka bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menang 3-2 dengan hanya beraksi sepuluh orang di Stadium Emirates.
Penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor menjelaskan pasukannya tidak akan hilang semangat apabila berdepan United nanti.
“Apa yang paling penting sekarang ialah mengekalkan tumpuan ke atas apa yang kami capai musim ini,” katanya.
“Kami masih lagi memburu kejuaraan liga dan kami masih lagi percaya kami mampu memenangi sesuatu hujung musim ini.” - AFP


One Person has left comments on this post
Arsenal bleh menang punye lah…………