United, Chelsea perlu elak tewas

 



LONDON - Ketenangan perancang Jerman, Michael Ballack (gambar) menyumbang dua gol ketika Chelsea menang 2-1 ke atas Manchester United kelmarin membuka kembali peluang The Blues menjulang gelaran Liga Perdana England.

Kejayaan pada pertemuan penuh dramatik dua pasukan teratas di Stamford Bridge itu menyaksikan The Blues kini berkongsi 81 mata dengan United ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Kelebihan perbezaan jaringan yang besar bermakna United masih lagi kekal selaku pendahulu, namun Chelsea juga dilihat mampu mengecewakan juara bertahan itu.

United akan kekal juara sekiranya mereka menewaskan West Ham di Old Trafford, Sabtu ini dan menang di Wigan pada 11 Mei nanti.

Begitupun, Chelsea yang akan berkunjung ke Newcastle 5 Mei ini sebe- lum berdepan Bolton di Stamford Brid- ge pada perlawanan terakhir, perlu mengelak daripada menerima kekalahan.

“Kami telah laksanakan tugas kami,” kata pengurus Chelsea, Avram Grant.

“Pasukan ini memiliki keberanian dan karakter yang menakjubkan.”

Ditanya sama ada United mungkin kalah dalam dua baki perlawanan itu, Grant memberitahu: “Saya kena mengharapkannya. Bukan mudah untuk memenangi dua perlawanan apabila berada dalam tekanan.” - AFP

2 People have left comments on this post



» sishoney said: { Apr 28, 2008 - 10:04:30 }

huhuhu.tekanan..mmg tekanan buat MU.mmg bila kita di persada adalah satu tekanan.tambah2 bagi kita yg mmg pasukan hebat.bagi chelsea aku rasa mmg kurang sikit tekanan.so MU mst kene atur strategi yg baik punya~hiks

» chanpang said: { Apr 29, 2008 - 04:04:35 }

tinggal 2 match je lg..2 match je!! man utd boleh

chanpang’s last blog post..Old Trafford- The Theater of Dreams