United yakin genggam kejuaraan
![]() |
| TONGGAK Manchester United, Ryan Giggs (dua dari kiri) diasak oleh pemain Chelsea, John Obi Mikel dalam saingan Liga Perdana England, kelmarin. Chelsea menang 2-1. – AFP
|
LONDON – Alex Ferguson yakin kekalahan Manchester United 1-2 pada perlawanan berat sebelah menentang Chelsea, kelmarin akan menyuntik semangat mereka untuk menjuarai Liga Perdana England musim ini.
United terpaksa menunggu pada saat akhir penuh debar dalam perebutan juara liga selepas jaringan penalti pada lewat permainan oleh Michael Ballack di Stamford Bridge membolehkan Chelsea berkongsi mata dengan penyandang juara itu.
Pasukan bimbingan Ferguson masih boleh mengekalkan mahkota kejuaraan liga jika mereka memenangi dua lagi perlawanan terakhir menentang West Ham dan Wigan tetapi mereka membiarkan situasi bertambah sukar selepas tewas kepada pasukan Blues, kelmarin.
Selepas Wayne Rooney menghukum kesilapan Ricardo Carvalho pada minit ke-57 memadamkan jaringan pendahuluan Ballack melalui tandukan pada minit ke-45, piala tersebut sudah sebelah tangan digenggam United.
Kesilapan Michael Carrick menampan bola dengan tangan bola hantaran silang Michael Essien ketika perlawanan berbaki empat minit membolehkan Ballack menjaringkan gol kemenangan.
Walaupun perbezaan jaringan United memberikan mereka kelebihan tetapi mereka perlu muncul juara dengan cara yang sukar. Kekecewaan mereka semakin meluap selepas wisel pe- namat. Patrice Evra, Gary Neville, Paul Scholes, John O’Shea dan Gerard Pique terlibat dalam insiden dengan pembantu dan pekerja padang ketika mereka berkeras tidak mahu meninggalkan padang, sementara Rio Ferdinand meminta maaf kerana tidak sengaja menendang pembantu padang wanita ketika berada dalam keadaan marah.
ImpianKetika pemainnya hilang tahap kesabaran, Ferguson lebih terarah kepada insiden terkena tangan. Jurulatih dari Scotland itu mendakwa pembantu pengadil, Alan Wiley melakukan kesilapan memberikan penalti sedangkan bola jelas terkena tangan Carrick.
Walaupun berang dengan keputusan tersebut, Ferguson akan cuba menyalurkan kekecewaannya dengan memperoleh tindak balas positif dalam perlawanan separuh akhir kedua Li- ga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona serta dua lagi baki perlawanan liga.
”Ia masih lagi dalam genggaman kami. Pemain dan penyokong sangat bersemangat untuk perlawanan seterusnya,” katanya kepada MUTV.
United terpaksa berhempas pulas selepas menamatkan empat perlawanan dengan hanya satu kemenangan, sementara Chelsea belum pernah tewas dalam 19 perlawanan dan berhak menang perlawanan tersebut.
Nasib mereka berada di tangan United kecuali Grant masih yakin pasukannya mampu merampas gelaran musim ini.
”Saya begitu optimis tetapi perlu menang dalam dua lagi perlawanan terakhir dan berharap Manchester kehilangan satu mata.
”Jika anda berada pada tahap ini dan tetapi anda tidak optimis, anda tidak boleh berada dalam arena sukan ini.
”Pemain saya begitu kompetitif. Mereka mahu menang, apabila anda melepaskan gol seperti yang terjadi semalam ia begitu mengecewakan tetapi kami masih lagi bertenaga,” katanya.
Chelsea hanya tinggal dua perlawanan di Newcatsle dan di tempat lawan menentang Bolton, tetapi sebelum itu mereka perlu berdepan dengan Liverpool dalam Liga Juara-Juara Eropah.
- AFP



3 People have left comments on this post
bila dah kalah nak salahkan refree plak..kata berat sebelah..dah kalah tu kalah je lah..
chelseaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
bukan setakat MU,tapi pasukan2 lain pun penah macam ni gak.chelsea pon pernah salahkan refree,liverpool pun pernah salahkan refree,arsenal pon pernah salahkan refree.bola sepak merupakan sukan yg bukan saja menggunkan tenaga bahkan mebabitkan emosi jugak.ada emosi marah,sedih,kecewa,bangga dan sebagainya.*smile*
erm…tp kalo korg perasan, linesman tu pas dia kena marah dgn nani and cam nk gado, dia asyik bg rooney off-side dgn berat sebelah, padahal ada 2 off-side tu rooney masih on-side!replay video balik…
chanpang’s last blog post..Old Trafford- The Theater of Dreams